Tuesday, May 10, 2011

derita

 

melihat ahli keluarga terdekat sakit mmg derita. org ckp berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. camne tabahnya dia menanggung segala kesakitan tuhan saja yang tahu. sedihnya hati melihat dia tidak mampu lagi memangku bayi kecil yang baru di lahirkan kerana kesakitan yang di tanggung.
tp alangkah bertuahnya mendapat suami yang begitu sabar dan memahami kesakitan yang di tanggung. tambah bertuah mempunyai keluarga mertua yang begitu menyayanginya dan melayannya dengan penuh kesabaran. 
dia lah kakakku, norazlina salleh pesakit buah pinggang tahap kritikal. buah pinggangnya perlu di cuci 3x seminggu. kini terlantar di rumah. mahu berjalan pun xlarat. apatah lagi memangku anaknya yang berusia 3 bulan.
sudah lama tidak terpancar wajah2 ceria padanya. hanya wajah suram. sume hanya mampu berdoa supaya dia cepat sembuh dan melihat dia kembali ceria. aku rindu saat2 kami selalu bercerita dan bergurau. kini tidak lagi. hanya yang ade wajah2 menahan sakit. wajah2 pahit menelan ubat. ya Allah sembuhkan lah penyakit kakakku. sekurang2nya berilah sedikit keceriaan padanya. Amin. 



-the end-

0 comments:

Post a Comment